Assalamualaikum....
Mengenai laporan daripada pelajar UMK yang menginap di Asrama KPTM, borang aduan anda telah pun diproses dan telah mendapat maklumbalas daripada pihak Unit Kebajikan, Kediaman dan Perkhidmatan.
1. kebenaran memarkir kenderaan pelajar di dalam kawasan asrama.
-hanya pelajar yang menggunakan sticker KPTM sahaja yang boleh meletakkan kenderaan di dalam kawasan asrama KPTM. tiada kompromi daripada pihak asrama KPTM. hal yang demikian adalah untuk memastikan hanya warga asrama KPTM sahaja yang boleh meletakkan kenderaan di dalam kawasan asrama.
2. kebenaran untuk pulang sebelum 12 tengah malam.
-pihak KPTM membenarkan pelajar UMK pulang sebelum 12 tengah malam. dengan syarat hendaklah dipamerkan kad matrik pelajar sebelum masuk ke dalam kawasan asrama. selepas jam 12 tengah malam, peraturan asrama KPTM akan dikenakan kepada pelajar UMK. pelajar yang pulang lewat atas alasan program universiti hendaklah menunjukkan surat penglibatan pelajar dengan tertera nama pelajar di dalam surat tersebut dan satu salinan hendaklah diberi kepada pihak asrama KPTM 24jam sebelum pelajar tersebut pulang ke asrama.
3. aduan mengenai sikap dan sosial pelajar KPTM
-sebarang masalah, sila laporkan kepada warden anda.
Saranan MPP:
sekiranya anda tidak mahu membeli sticker KPTM sebagai syarat untuk anda memarkir kereta di dalam kawasan asrama, sila lengkapkan kenderaan anda dengan ciri-ciri keselamatan yang sewajarnya.
sekiranya anda diganggu oleh pelajar KPTM, sila laporkan segera kepada warden asrama.
sila pamerkan kad matrik anda sewaktu berada di kampus dan sebelum masuk ke dalam kawasan asrama KPTM.
Sekian, terima kasih.
Sebarang komen atau cadangan, sila klik butang COMMENT..
Thursday, 20 October 2011
Wednesday, 19 October 2011
Kolej Kediaman Taman Bendahara: Air
Assalamualaikum....
Pada suatu petang yang aman, damai tak hujan, cuaca cerah, burung-burung berkicauan waktu tu. Pihak kami yang waktu itu hendak menghantar ringkasan laporan borang aduan pelajar telah mengambil kesempatan tersebut untuk menginterview salah seorang pegawai UMK yang turut memainkan peranan dan memerah keringat dan idea dan macam-macam lagi berkenaan situasi air di UMK, iaitu En Khir Amin Zakarya iaitu Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar. (En Khir tidak lagi memegang Unit Kebajikan, Kediaman dan Perkhidmatan. Sebarang urusan berkaitan unit tersebut, sila berhubung dengan Pn Aslina. Sekarang beliau memegang Unit Pembangunan Pelajar)
Saya dimaklumkan bahawa air sidikit, kurang dan tiada di Kolej Kediaman Taman Bendahara mungkin disebabkan oleh filter pam masih belum dapat diservis dek kerana kekurangan tukang. cuma terdapat 2 orang tukang di UMK yang bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan dan menservis merangkumi Taman Bendahara dan Kampus Bachok. Perbualan ini dilakukan secara tidak rasmi dan baru satu pihak sahaja. Pihak kami akan panjangkan masalah ini kepada pihak lain pula dan kita tunggu dan baca apa progress seterusnya. Untuk pengetahuan anda, pihak UMK telah pun mengiklankan kekosongan jawatan dan tukang adalah sebahagian daripadanya. Nak tau juga. ade tak yang apply jawatan tu.. huhuhu..
sekian terima kasih...

Monday, 17 October 2011
MPP Prihatin Masalah Kebajikan Pelajar
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera
Sememangnya ramai rakan-rakan siswa yang menyalahkan MPP kerana tidak dapat melihat di mana inisiatif MPP dalam membantu mengurangkan masalah-masalah kebajikan siswa di UMK.Terlebih dahulu, jikalau ada yang bertanya dengan saya kemudian jawapan saya memang pedih dan seolah-olah tidak kisah, sebenarnya hanya di mulut sahaja. Kami masih lagi mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan kekangan yang berlaku.
Penggunaan laman Facebook bukanlah salah satu medium utama kerana kami MPP sendiri jarang berkesempatan untuk melayari laman ini sepanjang masa. Saya sendiri tidak mengetahui bahawa dua hari berturut-turut tiada masalah air sehingga saya pulang daripada Kuala Lumpur. Komitmen MPP juga diperlukan dalam kelas-kelas akademik, belajar berkumpulan dan sebagainya. Memang berat bebanan tugas kami tapi kami redha dan sentiasa tekad untuk kegemilangan anda dan varsiti. Bukan mudah untuk puaskan hati semua mahasiswa. Dalam kekangan ini pula, ada juga dalam kalangan kita yang memberi banyak komen-komen penyahmotivasi dan tidak membantu kami dalam menyelesaikan masalah.
Sistem Borang Aduan ini kami jalankan untuk memudahkan operasi kerja MPP. Dari semasa ke semasa semua aduan anda akan direkod bersama status aduan anda.
Oleh yang demikian, kami berharap agar-agar rakan siswa menggunakan medium sedia ada bagi membantu kami merekod aduan supaya lebih mudah dan cepat gerak kerja MPP. Jika anda telah membuat aduan sila semak status aduan anda dengan MPP yang ditugaskan (*rujuk kolum tindakan). Status Aduan ini boleh dilihat di Laman Web MPP bermula minggu hadapan 25 Oktober 2011.
Terakhir daripada saya, masalah memang banyak dalam dunia ini dan tidak pernah selesai. Mengadu itu perlu tetapi bukannya sentiasa perlu sehingga kita hanya asyik tahu mengadu tetapi tiada inisiatif untuk memahami dan mengurangkan permasalahan. Dalam masa yang sama, cuba berfikir daripada perspektif yang berbeza yang dapat membantu diri kita sendiri.
Hanya sekadar perkongsian:
Seorang pelajar luar negara, yang asal daripada negara yang serba kekurangan datang belajar di Malaysia. Apabila hari tiada air di kampus tersebut, pelajar Malaysia bising dan merajuk katanya, "Apa ni servis teruk betul, macam mana negara nak maju!". Pelajar daripada luar negara tersebut hanya tersenyum. Beliau jalan masuk ke dalam bilik, keluar dengan baldi berisi air. Pelajar Malaysia bertanya, "Aik, we have water is it?". Pelajar tersebut menjawab, "Well, I know that we have water issues but in my place it's way worst so we were told to get ready, reduce wastage and save water in water tanks or pails".
Apabila saya mendengar perkongsian cerita ini dengan sahabat MPP daripada IPT lain, saya berhenti bercakap. Bagaimana Malaysia nak maju kalau bangsanya belum cukup maju daripada konteks pemikiran sendiri. Mudah-mudahan rakan-rakan siswa jangan cepat melatah atau marah.
Saturday, 15 October 2011
No rujukan surat rasmi
SENARAI KOD RUJUKAN KELAB DAN PERSATUAN DI UMK
Format No. rujukan:
Cth: UMKJKK11/Jawatan/Kod Perkara/ Bil ( )
Bil | Kelab dan Persatuan | Kod |
1 | Jawatankuasa Kolej Kediaman | JKK11 |
2 | Kelab Bola Tampar | KBT11 |
3 | Kelab Softbal | KSB11 |
4 | Kelab Golf | KGF11 |
5 | Kelab Bola Jaring | KBJ11 |
6 | Kelab Tae Kwan Do “ WTF” | TKW11 |
7 | Kelab Badminton | KBD11 |
8 | Kelab Rekreasi Universiti (KRU) | KRU11 |
9 | Kebudayaan dan Kesenian (Le’Waris) | KLW11 |
10 | Persatuan Bahasa | PBH11 |
11 | Kelab FKP | FKP11 |
12 | Kelab Keusahawanan Mahasiswa (KKM) | KKM11 |
13 | Sekretariat Pencegah Rasuah UMK | SPR11 |
14 | Jawatankuasa Teman ( JT-UNIPEN) | JT11 |
15 | Kelab Pelajar Akal Budaya Alam (FTKW) | FTKW11 |
16 | Kelab FASA | FASA11 |
17 | Pembimbing Rakan Siswa (PRS) | PRS11 |
18 | Kelab Pengguna | KPG11 |
19 | Kelab Bola Sepak | KBS11 |
20 | Kelab Ping Pong | KPP11 |
21 | Kelab Fotografi | KFT11 |
22 | Kelab Pelancongan | KPL11 |
23 | Sekretariat Persada | SKP11 |
24 | Kelab Bola Keranjang | KBK11 |
25 | Kelab Ragbi UMK | KRG11 |
26 | SUKSIS Universiti Malaysia Kelantan | SUKSIS11 |
27 | Sekretariat Rukun Negara | SRN11 |
28 | Kelab Eco-Friendly (MASKUM) | KEF11 |
29 | Kelab Renang | KRN11 |
30 | Kelab Debat dan Pidato UMK | KDB11 |
31 | Kelab Seni Silat Cekak Malaysia | KSS11 |
32 | Karisma UMK | SKK11 |
33 | Kelab Explorasi | KEP11 |
34 | Kelab Student In Free Enterprise (SIFE) | SIFE11 |
35 | Persatuan Mahasiswa Perubatan Veterinar | PMPV11 |
"Coffee With Prof" bakal buka pemikiran mahasiswa
Dalam usaha meningkatkan lagi mutu pemikiran mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan serta membudayakan ciri-ciri korperat. Majlis Perwakilan Pelajar di bawah Yang DiPertua akan menganjurkan Program "Coffee With Prof VC" bagi memberi peluang untuk mahasiswa terpilih dan juga staff yang terpilih berkongsi pengalaman dan idea tentang pembangunan intelek, modal insan dan sumbangan kepada Universiti Malaysia Kelantan. Sesi ini dijalankan dalam keadaan yang santai namun masih lagi memberi penekanan kepada budaya pemakaian pakaian yang membawa imej usahawan.
"Banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang di UMK, adalah menerusi perkongsian dan perbincangan dengan golongan Professor di institusi ini. Saya ingin tingkatkan tahap pemikiran saya agar lebih matang, ilmiah dan sentiasa ke hadapan. Percayalah, jikalau anda ingin melihat anda lebih baik daripada semalam anda akan gunakan peluang yang sedia ada untuk menuntut ilmu"
-Yang DiPertua MPP 2011
"BERSAMA MENJULANG KEGEMILANGAN VARSITI"
Monday, 10 October 2011
BORANG-BORANG ADUAN
BORANG ADUAN TU APE?
borang aduan ialah borang yang perlu diisi sekiranya kita hendak membuat aduan. terdapat borang dua jenis borang iaitu borang umum dan orang spesifik. contoh borang umum ialah borang aduan MPP. contoh borang khusus ialah borang aduan kerosakan kolej kediaman, borang tuntutan latihan industri JPA dan sebagainya. terdapat juga borang online dan borang dalm bentuk kertas...
KENAPA KENA ISI BORANG NI? CAKAP PAKAI MULUT KAN SENANG. RINGAN JE. LECEHLA ISI BORANG NI. NGABEHKAN DAKWAT PEN JE.
antara sebab2 borang dikeluarkan
1-sebagai bukti bahawa aduan telah dibuat
2-untuk mendapatkan butir-butir penting sesuatu kes
3-sebagai rekod pejabat.
4-menjadi salah satu penilaian terhadap kualiti dan prestasi kerja sesebuah jabatan
5-memudahkan urusan dokumentasi
6-lain-lain kelebihan yang saya xterfikir untuk nyatakan.
DIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN BORANG2 YANG BERLAMBAK2 NI?
kalau borang online, ecomm. kalau borang kertas2 ni, tengok jenisnya.
borang aduan mpp, borang aduan kesihatan dengan MPP la.
borang aduan kerosakan, borang aduan perkakasan elektrik, ade kt ofis kolej kediaman.
borang claim, borang derma, borang ptptn, pinjaman smuala... ofis HEP blok4. unit kebajikan n kolej kediaman.
borang kenderaan, jamuan, smua yg berkaitan aktiviti kelab persatuan... amik la di ofis HEP blok1.
ADE APE-APE NAK TANYE?
sila komen post ini...
nti saya wt satu lg post untuk bgtau cmne rupa borang2 ni...

Subscribe to:
Posts (Atom)