ShoutMix chat widget

Anugerah PERMATA 2011



Malam Anugerah PERMATA 2011 ini merupakan satu program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar 2011 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi menghargai jasa dan sumbangan mahasiswa yang bergiat aktif dalam organisasi Kelab dan Persatuan Mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan. Malam berprestij ini adalah acara tahunan yang akan dijalankan bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada kelompok mahasiswa yang telah memerah keringat dan tenaga untuk mengharumkan nama Universiti di samping mengangkat martabat kerajaan mahasiswa Universiti.



KRITERIA ANUGERAH

Syarat Umum:
Hanya Kelab & Persatuan yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti sahaja yang layak dicalonkan dan menerima penganugerahaan Augerah PERMATA.


                       1.         Sijil Perkhidmatan Cemerlang (Kategori MPP 2011)

                        Sijil ini diberikan kepada ahli MPP yang mempunyai keputusan akademik yang baik
sepanjang kepimpinan, sentiasa memberi komitmen, idea penambahbaikan, dan aktif dalam penglibatan program-program dalam dan luar Universiti.


2.         Sijil Perkhidmatan Cemerlang (Kategori Sekretariat & Skuad MPP 2011)

Sijil ini diberikan kepada ahli sekretariat atau skuad MPP 2011 yang mempunyai keputusan akademik yang baik sepanjang kepimpinan, sentiasa memberi komitmen, idea penambahbaikan, dan aktif dalam penglibatan program-program dalam dan luar Universiti.


3.         Kelab Fakulti Terbaik
           
Anugerah ini diberikan kepada Kelab Fakulti yang aktif dan mempunyai pengurusan organisasi yang sistematik dan berkesan. Program-program yang dijalankan oleh penerima anugerah ini membantu menyokong dan memperjelaskan lagi aspek akademik fakulti serta menekankan kepada pembangunan kemahiran insaniah.

4.         Kelab & Persatuan Terbaik

Anugerah ini diberikan kepada Kelab & Persatuan yang aktif dan mempunyai pengurusan organisasi yang sistematik dan berkesan. Program-program yang dijalankan oleh penerima anugerah ini membantu menyokong dan memperjelaskan lagi aspek akademik serta menekankan kepada pembangunan kemahiran insaniah. Kelab & Persatuan Terbaik perlulah mempunyai pencapaian sama ada peringkat dalam atau luar Universiti.

5.         Penasihat Kelab & Persatuan Terbaik

Anugerah ini diberikan kepada Penasihat Kelab & Persatuan yang aktif serta sering memberi komitmen dan motivasi kepada ahli. Membantu dari segi perancangan dan memberi khidmat nasihat bagi meningkatkan prestasi Kelab & Persatuan. Rajin menghadirkan diri sewaktu pertemuan Kelab & Persatuan dan memberikan input yang membina. 


6.         Presiden Kelab & Persatuan Terbaik

Anugerah ini diberikan kepada Presiden Kelab & Persatuan yang aktif dan mempunyai pengurusan organisasi yang sistematik dan berkesan. Penerima anugerah ini mempunyai visi dan misi yang jelas serta berusaha dalam menjamin mutu dan prestasi Kelab & Persatuan beliau. Selain itu, penerima anugerah ini perlu mempunyai keputusan akademik yang baik serta menjaga hubungan sesama rakan siswa dan staff.
           
7.         Setiausaha Kelab & Persatuan Terbaik

Anugerah ini diberikan kepada Setiusaha Kelab & Persatuan yang aktif dan mempunyai rekod pengurusan organisasi yang sistematik dan berkesan. Penerima anugerah ini mempunyai visi dan misi yang jelas serta berusaha dalam menjamin mutu dan prestasi Kelab & Persatuan beliau. Selain itu, penerima anugerah ini perlu mempunyai keputusan akademik yang baik serta menjaga hubungan sesama rakan siswa dan staff.

8.         Bendahari Kelab & Persatuan Terbaik

Anugerah ini diberikan kepada Bendahari Kelab & Persatuan yang aktif dan mempunyai rekod pengurusan kewangan organisasi yang sistematik dan berkesan. Penerima anugerah ini mempunyai visi dan misi yang jelas serta berusaha dalam menjamin mutu dan prestasi Kelab & Persatuan beliau. Selain itu, penerima anugerah ini perlu mempunyai keputusan akademik yang baik serta menjaga hubungan sesama rakan siswa dan staff.

9.         PERMATA Harapan

Anugerah ini diberikan kepada Kelab & Persatuan yang mempunyai visi dan misi yang baik dan berpotensi untuk dipertingkatkan. Penerima anugerah ini mempunyai rekod pencapaian yang baik dan memuaskan serta sistem pengurusan organisasi yang agak memberangsangkan. Hanya empat penerima anugerah akan dipilih daripada Kelab & Persatuan berdaftar.

10.        Sijil Penghargaan Mantan MPP Terbaik

Anugerah ini diberikan kepada Mantan MPP yang aktif memberi input dan nasihat serta sokongan motivasi kepada tampuk kepimpinan MPP. Kabinet MPP akan bersidang dan memutuskan senarai penerima sijil ini.


PANEL HAKIM

ASPEK PENILAIAN

PANEL
PENILAIAN
1
Objektif/Visi/Misi
Laporan/Ringkasan Laporan Tahunan Kelab&Persatuan
Attribut Keusahawanan
2
Pencapaian Kelab&Persatuan
Perlaksanaan (Keberkesanan/Tahap Aktif/Penglibatan)
3
Peer-to-peer Assessment
Tahap keberkesanan kepimpinan Kelab&Persatuan (Aspek Pengurusan)