ShoutMix chat widget

Friday 30 September 2011

Pencarian SKUAD MPP 2011


Monday 26 September 2011

BERKENAAN SESI DFT SESI 1 SEM SEPT 2011

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PENAMAN USUL IALAH 28 SEPTEMBER 2011.

borang penamaan usul boleh dihantar kepada mana-mana MPP berhampiran dengan anda.

borang penamaan usul mestilah dihantar sebelum jam 12 TENGAH MALAM.

sekiranya ahli dewan gagal menyerahkan borang penamaan usul sebelum waktu tersebut, maka usul akan ditolak serta merta.

BAS AKAN DISEDIAKAN PADA 30 SEPTEMBER 2011. BAS AKAN BERTOLAK PADA 2.30 PETANG

SENARAI PENCALONAN USUL DAN URUTANNYA AKAN DISIARKAN PADA 29 SEPTEMBER 2011 DI LAMAN SESAWANG srcumk.blogspot.com.

Saturday 10 September 2011

Pendaftaran Bahasa Ketiga

Perhatian pendaftaran kursus bahasa ketiga akan dibuat pada hari ini secara online di ecomm. Masa masih belum ditentukan lagi. Sila layari ecomm. Kelas bahasa pada minggu ini akan dijalan seperti biasa mengikut bahasa yg anda daftar. Pendaftaran ini adalah utk sesiapa yg ambil bahasa ketiga tahap satu.sekian

Tuesday 6 September 2011

UTUSAN MELAYU - 08 OGOS 2011 -ZAINAI, BUKTI ANAK PETANI YANG BERJAYA

 















Terjemahan oleh NYDP II, Saudara Abdul Karim:

Nama : Prof. Emiritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Mohamed
Jawatan : Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan.
Umur : 60 tahun
Tarikh lahir : 29 /11/ 1951
Tempat lahir : Kampung Temu Renggas Bukit Marak, bachok, kelantan.
Idola : Naib Canselor pertama UTM, Tan Sri Ainuddin Abd Wahid.

Zainai, pada tahun 1973, saya dan seorang lagi pelajar melayu antara lima pelajar Maktab Teknik Kuala Lumpur (MTKL) yang mendapat diploma kejuruteraan kelas pertama, tiga yang lain berbangsa cina. Kejayaan itu menjadi berita pertama tentang saya keluar didada akhbar.
Jawi : Apakah pekerjaan pertama dato’ dan bagaimana pula dato’ boleh terjun dalam bidang pendidikan?
Zainai : Selepas tamat pengajian peringkat diploma, saya mendapat kerja sebagai pembantu teknik di jabatan parit dan tali air. (Sekarang jabatan pengairan dan saliran) tetapi hanya berkhidmat selama 6 bulan kerana mendapat tawaran sebagai penolong pensyarah di MTKL yang dinaik taraf sebagai institut kejuruteraan kebangsaan (ITK).
Saya antara tenaga pengajar yang dipilih bekas pengetua MTKL, Tan Sri Ainuddin Abd Wahid untuk bersama-sama membangunkan ITK sebagai sebuah pusat pengajian tinggi dalam tempoh transisinya sebelum bertukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Saturday 3 September 2011

UMK tidak lagi diperlekeh

sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

MAKLUMAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR KANAN SESI 2011/2012

Butir-butir mengenai Kolej Kediaman Pelajar – Pelajar Kanan bagi Sesi Akademik
2011/2012 adalah seperti berikut:-

 

LAMPIRAN A



contoh format perbentangan usul 2

Assalamualaikum...wbt...
berikut adalah contoh slaid perbentangan usul untuk rujukan ahli dewan. sila KLIK GAMBAR untuk melihat dengan lebih jelas.

contoh format perbentangan usul 1

Assalamualaikum....wbt...




berikut adalah contoh slaid perbentangan usul untuk rujukan ahli dewan. sila KLIK GAMBAR untuk melihat dengan lebih jelas









PERSIDANGAN DFT sesi I semester September

Assalamualaikum..wbt..
untuk makluman semua Ahli dewan yakni:
1-MPP
2-sekreteriat MPP
3-wakil-wakil kelab dan persatuan UMK
4-JKKK
5-wakil pelajar awam terpilih

dewan bersidang buat pertama kali untuk semester september pada ketetapan yang berikut:
  • tarikh : 30 SEPTEMBER 2011
  • hari : Jumaat
  • masa : -dalam perancangan-
untuk makluman ahli dewan, format usul yang akan dibentangkan pada hari persidangan adalah:
  1. berbentuk power point presentation
  2. tidak lebih dari 10 slaid
  3. perbentangan tidak lebih dari 4minit
  4. sesi soal jawab akan dibuka selama 7minit selepas perbentangan usul
  5. selepas itu speaker dewan menolak atau menerima usul yang dibentang dan persidangan beralih kepada perbentangan usul yang seterusnya.