ShoutMix chat widget

Tuesday 15 November 2011

Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di Universiti Utara Malaysia (19 November, Sabtu)


Bas akan bertolak hari sebelumnya. Jika anda berminat untuk meningkatkan tahap pemikiran akademik anda sila daftar secepat mungkin sebelum jam 2 pagi (17/11/2011).


Thursday 3 November 2011

Keputusan Undian MPP Pilihan Pelajar (Bulanan)

MPP TERBAIK: PILIHAN RAKAN SISWA

Dalam mengiktiraf suara rakan-rakan mahasiswa seiring dengan mutu perkhidmatan MPP 2011. Selaku YDP MPP 2011, saya telah menjalankan pemantauan online dari semasa ke semasa. Setiap bulan akan dibuka talian undian secara online, bagi membuka peluang kepada anda mengundi MPP pilihan anda, yang anda rasakan telah memberikan kerja yang baik, gigih dan sentiasa pro-aktif dalam isu-isu kebajikan siswa.. Saya juga menjalankan pemantauan saya sendiri dan laporan penuh akan diberikan pada penghujung tampuk pimpinan MPP kali ini. Berikut adalah MPP terbaik pilihan YDP;

MPP TERBAIK: PILIHAN YDP MPP

Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bekerjasama dalam memajukan UMK tercinta. Teruskan menyalurkan pendapat anda kepada kami menerusi blog MPP, laman FB, email (src.umk@gmail.com), atau hubungi kami terus. Keputusan dan laporan penuh MPP tahun ini akan kami bentangkan di penghujung pimpinan kami. 

TERUSKAN MENGUNDI MPP PILIHAN ANDA!