ShoutMix chat widget

Tuesday 6 September 2011

UTUSAN MELAYU - 08 OGOS 2011 -ZAINAI, BUKTI ANAK PETANI YANG BERJAYA

 















Terjemahan oleh NYDP II, Saudara Abdul Karim:

Nama : Prof. Emiritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Mohamed
Jawatan : Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan.
Umur : 60 tahun
Tarikh lahir : 29 /11/ 1951
Tempat lahir : Kampung Temu Renggas Bukit Marak, bachok, kelantan.
Idola : Naib Canselor pertama UTM, Tan Sri Ainuddin Abd Wahid.

Zainai, pada tahun 1973, saya dan seorang lagi pelajar melayu antara lima pelajar Maktab Teknik Kuala Lumpur (MTKL) yang mendapat diploma kejuruteraan kelas pertama, tiga yang lain berbangsa cina. Kejayaan itu menjadi berita pertama tentang saya keluar didada akhbar.
Jawi : Apakah pekerjaan pertama dato’ dan bagaimana pula dato’ boleh terjun dalam bidang pendidikan?
Zainai : Selepas tamat pengajian peringkat diploma, saya mendapat kerja sebagai pembantu teknik di jabatan parit dan tali air. (Sekarang jabatan pengairan dan saliran) tetapi hanya berkhidmat selama 6 bulan kerana mendapat tawaran sebagai penolong pensyarah di MTKL yang dinaik taraf sebagai institut kejuruteraan kebangsaan (ITK).
Saya antara tenaga pengajar yang dipilih bekas pengetua MTKL, Tan Sri Ainuddin Abd Wahid untuk bersama-sama membangunkan ITK sebagai sebuah pusat pengajian tinggi dalam tempoh transisinya sebelum bertukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

No comments:

Post a Comment