ShoutMix chat widget
Showing posts with label YDP. Show all posts
Showing posts with label YDP. Show all posts

Thursday, 3 November 2011

Keputusan Undian MPP Pilihan Pelajar (Bulanan)

MPP TERBAIK: PILIHAN RAKAN SISWA

Dalam mengiktiraf suara rakan-rakan mahasiswa seiring dengan mutu perkhidmatan MPP 2011. Selaku YDP MPP 2011, saya telah menjalankan pemantauan online dari semasa ke semasa. Setiap bulan akan dibuka talian undian secara online, bagi membuka peluang kepada anda mengundi MPP pilihan anda, yang anda rasakan telah memberikan kerja yang baik, gigih dan sentiasa pro-aktif dalam isu-isu kebajikan siswa.. Saya juga menjalankan pemantauan saya sendiri dan laporan penuh akan diberikan pada penghujung tampuk pimpinan MPP kali ini. Berikut adalah MPP terbaik pilihan YDP;

MPP TERBAIK: PILIHAN YDP MPP

Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bekerjasama dalam memajukan UMK tercinta. Teruskan menyalurkan pendapat anda kepada kami menerusi blog MPP, laman FB, email (src.umk@gmail.com), atau hubungi kami terus. Keputusan dan laporan penuh MPP tahun ini akan kami bentangkan di penghujung pimpinan kami. 

TERUSKAN MENGUNDI MPP PILIHAN ANDA!

Monday, 17 October 2011

MPP Prihatin Masalah Kebajikan Pelajar




Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera
Sememangnya ramai rakan-rakan siswa yang menyalahkan MPP kerana tidak dapat melihat di mana inisiatif MPP dalam membantu mengurangkan masalah-masalah kebajikan siswa di UMK.Terlebih dahulu, jikalau ada yang bertanya dengan saya kemudian jawapan saya memang pedih dan seolah-olah tidak kisah, sebenarnya hanya di mulut sahaja. Kami masih lagi mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan kekangan yang berlaku.

Penggunaan laman Facebook bukanlah salah satu medium utama kerana kami MPP sendiri jarang berkesempatan untuk melayari laman ini sepanjang masa. Saya sendiri tidak mengetahui bahawa dua hari berturut-turut tiada masalah air sehingga saya pulang daripada Kuala Lumpur. Komitmen MPP juga diperlukan dalam kelas-kelas akademik, belajar berkumpulan dan sebagainya. Memang berat bebanan tugas kami tapi kami redha dan sentiasa tekad untuk kegemilangan anda dan varsiti. Bukan mudah untuk puaskan hati semua mahasiswa. Dalam kekangan ini pula, ada juga dalam kalangan kita yang memberi banyak komen-komen penyahmotivasi dan tidak membantu kami dalam menyelesaikan masalah.
Sistem Borang Aduan ini kami jalankan untuk memudahkan operasi kerja MPP. Dari semasa ke semasa semua aduan anda akan direkod bersama status aduan anda. 

Oleh yang demikian, kami berharap agar-agar rakan siswa menggunakan medium sedia ada bagi membantu kami merekod aduan supaya lebih mudah dan cepat gerak kerja MPP. Jika anda telah membuat aduan sila semak status aduan anda dengan MPP yang ditugaskan (*rujuk kolum tindakan). Status Aduan ini boleh dilihat di Laman Web MPP bermula minggu hadapan 25 Oktober 2011.

Terakhir daripada saya, masalah memang banyak dalam dunia ini dan tidak pernah selesai. Mengadu itu perlu tetapi bukannya sentiasa perlu sehingga kita hanya asyik tahu mengadu tetapi tiada inisiatif untuk memahami dan mengurangkan permasalahan. Dalam masa yang sama, cuba berfikir daripada perspektif yang berbeza yang dapat membantu diri kita sendiri.
Hanya sekadar perkongsian:

Seorang pelajar luar negara, yang asal daripada negara yang serba kekurangan datang belajar di Malaysia. Apabila hari tiada air di kampus tersebut, pelajar Malaysia bising dan merajuk katanya, "Apa ni servis teruk betul, macam mana negara nak maju!". Pelajar daripada luar negara tersebut hanya tersenyum. Beliau jalan masuk ke dalam bilik, keluar dengan baldi berisi air. Pelajar Malaysia bertanya, "Aik, we have water is it?". Pelajar tersebut menjawab, "Well, I know that we have water issues but in my place it's way worst so we were told to get ready, reduce wastage and save water in water tanks or pails". 

Apabila saya mendengar perkongsian cerita ini dengan sahabat MPP daripada IPT lain, saya berhenti bercakap. Bagaimana Malaysia nak maju kalau bangsanya belum cukup maju daripada konteks pemikiran sendiri. Mudah-mudahan rakan-rakan siswa jangan cepat melatah atau marah.