ShoutMix chat widget

Thursday 20 October 2011

Asrama Kolej Poly-Tech MARA: Keselamatan

Assalamualaikum....

Mengenai laporan daripada pelajar UMK yang menginap di Asrama KPTM, borang aduan anda telah pun diproses dan telah mendapat maklumbalas daripada pihak Unit Kebajikan, Kediaman dan Perkhidmatan.

1. kebenaran memarkir kenderaan pelajar di dalam kawasan asrama.
-hanya pelajar yang menggunakan sticker KPTM sahaja yang boleh meletakkan kenderaan di dalam kawasan asrama KPTM. tiada kompromi daripada pihak asrama KPTM. hal yang demikian adalah untuk memastikan hanya warga asrama KPTM sahaja yang boleh meletakkan kenderaan di dalam kawasan asrama.

2. kebenaran untuk pulang sebelum 12 tengah malam.
-pihak KPTM membenarkan pelajar UMK pulang sebelum 12 tengah malam. dengan syarat hendaklah dipamerkan kad matrik pelajar sebelum masuk ke dalam kawasan asrama. selepas jam 12 tengah malam, peraturan asrama KPTM akan dikenakan kepada pelajar UMK. pelajar yang pulang lewat atas alasan program universiti hendaklah menunjukkan surat penglibatan pelajar dengan tertera nama pelajar di dalam surat tersebut dan satu salinan hendaklah diberi kepada pihak asrama KPTM 24jam sebelum pelajar tersebut pulang ke asrama.

3. aduan mengenai sikap dan sosial pelajar KPTM
-sebarang masalah, sila laporkan kepada warden anda.


Saranan MPP:
sekiranya anda tidak mahu membeli sticker KPTM sebagai syarat untuk anda memarkir kereta di dalam kawasan asrama, sila lengkapkan kenderaan anda dengan ciri-ciri keselamatan yang sewajarnya.
sekiranya anda diganggu oleh pelajar KPTM, sila laporkan segera kepada warden asrama.
sila pamerkan kad matrik anda sewaktu berada di kampus dan sebelum masuk ke dalam kawasan asrama KPTM.

Sekian, terima kasih.

Sebarang komen atau cadangan, sila klik butang COMMENT..

No comments:

Post a Comment