ShoutMix chat widget

Wednesday 19 October 2011

Kolej Kediaman Taman Bendahara: Air

Assalamualaikum....


Pada suatu petang yang aman, damai tak hujan, cuaca cerah, burung-burung berkicauan waktu tu. Pihak kami yang waktu itu hendak menghantar ringkasan laporan borang aduan pelajar telah mengambil kesempatan tersebut untuk menginterview salah seorang pegawai UMK yang turut memainkan peranan dan memerah keringat dan idea dan macam-macam lagi berkenaan situasi air di UMK, iaitu En Khir Amin Zakarya iaitu Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar. (En Khir tidak lagi memegang Unit Kebajikan, Kediaman dan Perkhidmatan. Sebarang urusan berkaitan unit tersebut, sila berhubung dengan Pn Aslina. Sekarang beliau memegang Unit Pembangunan Pelajar)


Saya dimaklumkan bahawa air sidikit, kurang dan tiada di Kolej Kediaman Taman Bendahara mungkin disebabkan oleh filter pam masih belum dapat diservis dek kerana kekurangan tukang. cuma terdapat 2 orang tukang di UMK yang bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan dan menservis merangkumi Taman Bendahara dan Kampus Bachok. Perbualan ini dilakukan secara tidak rasmi dan baru satu pihak sahaja. Pihak kami akan panjangkan masalah ini kepada pihak lain pula dan kita tunggu dan baca apa progress seterusnya. Untuk pengetahuan anda, pihak UMK telah pun mengiklankan kekosongan jawatan dan tukang adalah sebahagian daripadanya. Nak tau juga. ade tak yang apply jawatan tu.. huhuhu..
sekian terima kasih...

No comments:

Post a Comment