ShoutMix chat widget

Saturday 17 December 2011

BAUCAR BUKU: apa pandangan anda?

Assalamualaikum..wbt...

Salam ukhwah kepada semua sahabat mahasiswa yg menuntut di UMK. Masih ingatkah berita gembira yang kita terima sewaktu pembentangan bajet 2012 lalu. Ramai yang bersorak kegembiraan apabila kerajaan menjanjikan peruntukan sebanyak RM200 kepada setiap seorang pelajar IPT, matrik/asasi dan pra-U.

     Setelah itu, timbul pula isu bagaimanakah bentuk agihan RM200 tersebut kepada pelajar kerana ramai yang khuatir wang tersebut akan disalah gunakan oleh pihak pelajar ataupun disalah gunakan oleh pihak tertentu dengan pemotongan yang tidak masuk akal.

     Pihak kerajaan mengumumkan melalui media massa bahawa untuk mengelakkan penyalah gunaan peruntukan tersebut, pengagihan dilakukan dalam bentuk baucar.

     "KUALA LUMPUR, 9 Okt — Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang dimum dalam Bajet 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata penuntut mesti menggunakan sepenuhnya pemberian itu untuk pembelian buku dan bahan rujukan."

       "KOTA BARU, 27 Nov - Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi Pengajian tinggi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Md Noor."


Apa pandangan anda?
Adakah pemberian dalam bentuk baucar memberi kelebihan kepada mahasiswa atau sebaliknya?
Adakah pemberian peruntukan dalam bentuk baucar tersebut sedikit sebanyak menunjukkan bahawa mahasiswa kini masih belum matang dalam menguruskan perbelanjaan?
Sekiranya peruntukan tersebut diberi dalam bentuk tunai atau baucar tersebut boleh ditunaikan, adakah anda akan menggunakan wang tersebut mengikut maksudnya (yakni membeli bahan rujukan/buku)?

-tidak salah memberi pendapat. Asal fakta bertempat-
-tidak salah bersuara. Asal asasnya nyata-

No comments:

Post a Comment