ShoutMix chat widget

Saturday 17 December 2011

Jawapan kepada komen di shout out box..

mina: sesape je bley undi ke utk anugerah permata ney??
srcumk: semua pelajar UMK boleh. kalau kelab anda tidak disenaraikan bagitau En YDP.

UMK S: Hrp MPP xtdo dgn mslh maksiat di TMN BENDAHARA.Pemimpin akn disoal dlm kubur tntg org yg dpmpn. TQ. jgn selesaikn mslh kebajikn saja krn bnd tu mmg tnjkkn MPP bt kerja tp mslh lain perlu dibuka mata jg. TQ!
srcumk: seluruh umat manusia adalah pemimpin (khalifah). sama ada ia sedar atau tidak. konteks maksiat sgt luas. Yg saya faham semua perkara yang memberi dosa adalah maksiat. Seorang pemimpin harus adil. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masalah kebajikan salah satu daripada tanggungjawab kami. Sekiranya kami tidak berusaha menyelesaikannya maka zalimlah kami dan berdosalah kami. Kami MPP cuma 12 org sahaja. InsyaAllah kami berdakwah setakat kemampuan kami mengikut cara kami. kalau lebih ramai yg berdakwah lagi bagus. Tidak perlu diiktiraf sbgi MPP utk memberi nasihat dan mengajak kepada kebaikan. Cara paling mudah, ajaklah rakan anda memenuhi surau UMK yang dekat tu. Pihak surau pn runsing sebab ruangan saf lelaki terlalu luas.

Guest1234: mana manifesto anda?
srcumk: sila klik link manifesto

GuestIpoh: Kenapa bus UMK x bergerak setiap hari ahad dan selalu lewat. Da beberapa kali ktorg tertinggal bas dr Pdg Tembak g Tmn Bendahara.n sebaliknya.srcumk: Bas yang membawa pelajar ke padang tembak untuk kuliah dan KPTM adalah bas cityliner yang berjumlah 2 buah. bas akan bergerak setiap 40minit. Saya nk minta tolong rakan-rakan yang bas padat supaya amik gambar atau video dan tagkn kepada page MPP untuk bahan rujukan. jadual bad ke kuliah padang tembak, sama dgn jadual bas ke KPTM sbb satu jalan. kalau kelas pukul 10, dlm jadual bas pukul 9, naiklah bas pukul 9.

papagomo: MPP kali ni mcm lebih mencapap je.krja xbuat pon.manifesto rsa2 satu pon tak trlksana.dulu konon Pro-M skrg alih2 ikut buntut HEP gak
srcumk: Sila senaraikan manifesto kami yang anda yakin/rasa-rasa tidak terlaksana beserta dengan MPP yang berkaitan. Cepat sementara kami masih belum letak jawatan.

No comments:

Post a Comment